SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
PLanning * Utilizing * Sharing

PERTUBUHAN RAKAN KOMUNITI PENDIDIKAN PERAK

CARA MENGURUS MASA BELAJAR

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #653

    Salam sejahtera murid-murid!

    Mahukah anda mencapai kejayaan dalam hidup anda? Jika ya, anda harus menguruskan masa belajar dengan bijak. Bagaimanakah caranya?

    A. Baca nota ini dengan teliti.

    1. Memastikan waktu mengulangkaji pelajaran adalah sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan boleh mengubah masa mengikut keperluan seperti waktu peperiksaan, subjek atau topik yang lemah dan sebagainya.
    2. Membahagikan masa mengulangkaji mengikut tahap tumpuan anda sendiri.
    3. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti sejam untuk membaca dan sejam untuk membuat nota, sejam untuk membuat latihan atau mengimbas kembali apa yang dipelajari.
    4. Merancang masa untuk bermain atau berehat untuk memastikan otak sentiasa cergas.
    5. Membuat jadual waktu dan mengikuti masa yang ditetapkan dalam jadual waktu tanpa gagal.

    Tugasan 1

    Bagaimanakah anda ingin membahagikan masa mengulangkaji anda? Tulis dalam tiga ayat.

     

    B. Sila lihat contoh jadual waktu belajar. (Sumber : Geng UPSR)

     

    C. Sila tonton video ini untuk mengetahui cara membuat jadual waktu.

    Tugasan 2

    Berdasarkan contoh jadual waktu belajar yang diberikan, bina jadual waktu belajar anda.

     

    D. Sila tonton video ini. Pasti anda suka…

    Anda boleh juga masukkan sumber /bahan serta pandangan yang boleh dikongsi oleh rakan-rakan yang lain.

    Selamat Belajar !!!

Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.