SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
PLanning * Utilizing * Sharing

ICW

Persatuan Prihatin Bandaraya Ipoh atau Ipoh City Watch adalah sebuah NGO yang ditubuhkan sejak tahun 2008 yang bertujuan untuk mewakili pembayar cukai bandar raya Ipoh bagi memastikan Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga bandar raya Ipoh.

Visi ICW:

Ke Arah Menjadikan Bandar Raya Ipoh bandar pilihan masyarakat

Misi ICW:

ICW akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh serta Agensi Kerajaan berkaitan dengan memberi tumpuan kepada 5 perkara utama yang menjurus ke arah kesejahteraan warga Ipoh:

I. Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar

II. Kesihatan

III. Keselamatan

IV. Penambahbaikan Infrastruktur termasuk untuk golongan warga emas dan OKU

V. Ekonomi dan peluang pekerjaan