PENGENALAN
Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak (PRKPP) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi membantu sekolah-sekolah dalam negeri Perak menjalankan program-program pendidikan.
Kami menjalankan program di luar waktu persekolahan dengan hasrat anak-anak ini dapat memanfaatkan waktu cuti dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.
Sebelum ini pihak kami bergerak di bawah Yayasan Pendidikan Kampar tetapi memandangkan ramai pihak yang berminat dan ingin bekerjasama, kami melebarkan sayap kami melalui penubuhan PRKPP agar bukan sahaja aktiviti kami terhad di daerah Kampar sahaja tetapi kami boleh membantu ramai pelajar dengan menjalankan program-program di seluruh daerah dalam negeri Perak.
VISI
- Melahirkan generasi muda yang kompeten dalam semua bidang
- Membentuk modal insan yang bersahsiah tinggi.
- Memperkasakan STEM dan IR 4.0 di kalangan pelajar.
MISI
Melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dalam menghadapi IR 4.0
CARA PERLAKSANAAN PROGRAM
a. Melalui sekolah
b. Melalui PIBG / Ibubapa
c. Kerjasama Jabatan Kerajaan/NGO
PENUBUHAN BIRO-BIRO
a. BIRO PENDIDIKAN & STEM
b. BIRO KESIHATAN & KESEJAHTERAAN
c. BIRO KELESTARIAN & ALAM SEKITAR
d. BIRO ADAB DAN NILAI
e. BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1. Tuisyen Cemerlang UPSR
![]() |
![]() |
Tuisyen yang dijalankan secara percuma untuk pelajar tahun 6 pada hari Ahad dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengahhari. Subjek yang diajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 2 subjek akan diajar pada satu hari selama dua jam setiap satu subjek.
2. Program Reading With Mom
|
|
|
|
Program yang dijalankan untuk murid pra ataupun tahun 1 yang melibatkan ibubapa membaca buku Bahasa Inggeris bersama-sama anak-anak.
3. Program Motivasi/Ceramah
![]() |
![]() |
![]() |
Pelbagai jenis ceramah seperti ceramah berkaitan jati diri, keibubapaan, teknik menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya
4. Program Oh My English
![]() |
![]() |
Program yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dimana ianya memupuk minat pelajar menggunakan bahasa ini melalui aktiviti seperti word chain, reciting poem, public speaking, story telling dan sebagainya.
5. Program STEM
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program yang dijalankan bagi memupuk minat para pelajar dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Program ini juga mendapat sokongan dan kolobrasi dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dimana para pelajar didedahkan dengan aktiviti yang berkaitan seperti menggunakan drone, robotic, membuat pelantar minyak dari bahan-bahan terbuang dan sebagainya.
SASARAN
Sasaran utama adalah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR dengan memegang konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun program-program berkala akan juga melibatkan pelajar sekolah menengah dan IPT.
HARAPAN
Semoga usaha PRKPP dalam membantu para pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik mendapat sokongan daripada semua pihak. Harapan kami dalam 5 tahun akan datang akan lahir modal insan yang bersahsiah tinggi dan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.
Alamat: PERTUBUHAN RAKAN KOMUNITI PENDIDIKAN PERAK (PRKPP) (PPM-002-08-09012020) 10-U, Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh Perak Tel: 05-5060715 |