SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
PLanning * Utilizing * Sharing

PERTUBUHAN RAKAN KOMUNITI PENDIDIKAN PERAK

APA ITU STEM

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #1020
    kpsiber33
    Moderator

     

    E-STREAMWAVES 2021

    PRKPP dengan Universiti Teknologi PETRONAS akan menganjurkan Pertandingan atas talian E-STREAMWAVES 2021. Nantikan tarikh yang diumumkan tak lama lagi.

    Sementara ini mari kita belajar sedikit apa itu STEM

    STEM adalah ringkasan dari perkataan Science Technology Engineering Mathematics. Kenapa STEM sangat penting? Secara ringkas jawapan yang boleh kita berikan adalah bagaimana manusia dapat hidup dengan lebih baik pada masa depan apabila urusan kehidupan dapat kita sepadukan dengan kemajuan penciptaan atau inovasi agar sumber kehidupan manusia  seperti air dan makanan dapat sentiasa terpelihara. Bayangkan pada masa depan sumber air semakin kurang kerana pembaziran manusia dan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab atau tidak mempunyai ilmu menyebabkan kekurangan bekalan air akibat pencemaran dan sebagainya. Kekurangan air juga menyebabkan sukar dalam penanaman tumbukan untuk makanan seperti padi, gandum, jagung dan sebagainya. Oleh yang demikian kita kena belajar dan memahami kepentingan STEM dalam hidup kita.

    Dengan pengetahuan

    1. Sains – Manusia mula berfikir bagaimana hendak mencipta satu kenderaan yang mampu membawa manusia pergi kemana-mana dengan cepat
    2. Teknologi – Manusia mula mementingkan hubungan jarak jauh dan keupayaan berkomunikasi dengan pantas
    3. Engineering – Kemampuan memahami hukum alam dan bagaimana hukum2 ini dijelmakan dengan  penciptaan pelbagai mesin dan enjin,  bersama penciptaan tenaga eleltrik manusia tidak lagi bergelap pada waktu malam
    4. Mathematics – Penciptaan mesin dan teknologi memerlukan pemahaman yang baik dalam ilmu hisab atau matematik, kerana pengiraan matematik sangat penting dalam pembentukan inovasi dan memberikan tambahan keyakinan dalam soal- soal keselamatan dan keupayaan sesuatu penciptaan itu yakin boleh digunakan.

    Lihat tangan mekanikal dibawah

    https://www.youtube.com/watch?v=tYmvm36fEJ0&t=18s

    Tunggu lagi kemaskini dari saya

    Ts Faizal

    • Topik ini telah diubahsuai pada 3 years lepas oleh kpsiber33.
Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.