SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
PLanning * Utilizing * Sharing

PERAK CYBER LEARNNG COMMUNITY

CARA BELAJAR YANG EFEKTIF DAN EFISYEN

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)
  • Author
    Posts
  • #810

    Salam sejahtera murid-murid!

    Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah.

    Jika ya, anda harus mengetahui cara belajar yang efektif dan efisien.

    Bagaimanakah caranya?

    A. Baca nota ini dengan teliti.

    1) Tidak mensia-siakan biar pun seminit

    • Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan.
    • Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulang kaji pelajaran yang telah mereka baca.

    2) Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

    • Amalkan sikap membawa buku setiap ketika.
    • Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut.
    • Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa, tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran.
    • Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

    3) Gunakan masa awal pagi

    • Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulang kaji pelajaran yang anda lemah.
    • Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca.
    • Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

    4) Buat nota ringkas

    • Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas.
    • Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca.
    • Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.
    • Dengan adanya nota ringkas, ulang kaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

    5) Mengikut jadual sepenuhnya

    • Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut.
    • Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan.
    • Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaja buku dan membacanya.
    • Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar.
    • Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

    Tugasan 1

    Apakah tips untuk membuat nota ? Tulis dalam tiga ayat.

     

    B. Sila lihat tips untuk membuat nota.

    C. Sila tonton video ini untuk cara membuat nota.

     

    Tugasan 2

    Berdasarkan contoh cara membuat nota yang diberikan, buat nota  anda.

    D. Sila tonton video ini. Pasti anda suka…

    Anda boleh juga masukkan sumber /bahan serta pandangan yang boleh dikongsi oleh rakan-rakan yang lain.

    #815

    Tugasan 1

    Apakah tips untuk membuat nota ? Tulis dalam tiga ayat.

    1. Menggunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
    2. Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
    3. Buat garisan dan tanda-tanda atau ‘Highlight’ di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
    #816

    Very good info sharing thummesh……………..

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.