Asalammualaikum & Selamat Sejahtera semua.
Pernah tak anda dengar perkataan “Stress”
Apa itu Stress?
Sila tonton klip video untuk mendapat maklumat umum.
Stress bermaksud tekanan di bawah emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.
Banyak perkara boleh menjadi penyebab kepada berlakunya Stress di kalangan pelajar
Antaranya:
- masalah keluarga,
- pergaduhan,
- perselisihan faham,
- buli,
- pembelajaran,
- kewangan,
- kesihatan
- kematian ahli keluarga atau kenalan rapat.
Jadi, bagaimana pula pelajar nak pulih dari Stress?
Berikut dikongsikan beberapa cara menangani Stress yang sesuai untuk pelajar.
1) TIDUR YANG CUKUP
2) MAKAN YANG SIHAT
3) BUAT YANG MINAT
Sila kongsi idea anda tentang perkara-perkara berikut:
- Kalau anda tertekan apakah yang akan kamu buat?
- Kalau anda tertekan, dengan siapa akan kamu konsikan tekanan kamu?
Anda boleh juga masukkan sumber /bahan serta pandangan yang boleh dikongsi oleh rakan-rakan yang lain.