Assalamualaikum dan selamat sejahtera murid-murid. Semoga sihat walafiat semuanya.
Apakah internet?
Internet ialah singkatan bagi internetwork. Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan Protokol Internet. Antara kegunaan internet ialah untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Akses internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan internet melalui pembekal perkhidmatan internet. Pembekal perkhidmatan internet menyediakan capaian internet kepada pengguna.
Nota mengenai internet; (sila buka pautan berikut dan baca nota berikut)
http://shmutia.blogspot.com/2015/10/maksud-dan-perkhidmatan-internet.html
https://tmktahunlima.wordpress.com/
Tugasan 1 : Bandingkan perkhidmatan yang disediakan oleh beberapa pembekal perkhimatan internet di Malaysia
Sila tonton video berikut .
https://www.youtube.com/watch?v=AV4PMtkMjJg&feature=youtu.be
Tugasan 2: Senaraikan 5 kebaikan dan 5 keburukan internet.