Pernahkah anda mendengar kisah Luqman Al-Hakim sebelum ini dan siapakah beliau yang sebenarnya ? Ramai di antara kita yang sudah biasa dengan nama Luqman Al-Hakim, dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengarnya.
Siapakah Luqman al-Hakim?
Terdapat pelbagai pendapat tentang siapakah beliau sebenarnya :
1. Ibnu Jarir al-Tabari berkata : Allah SWT memberikan Luqman pemahaman dalam agama, akal, dan kebenaran dalam perkataan. (Lihat Tafsir al-Tabari (18/545)
2. Al-Maraghi berkata: Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan hikmah kepada Luqman sehingga beliau sentiasa bersyukur dan memujinya dengan limpah rahmat dan nikmatnya yang dikurniakan kepadanya. (Lihat Tafsir al-Maraghi (11/5366)
3. Ibnu Kathir berkata : Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang soleh dan beliau bukanlah seorang nabi. (Lihat Tafsir al-Quran al-A’zim (6/298)
Diantara nasihat Luqman al-Hakim yang paling terkenal adalah kepada anaknya. Nasihat ini dibukukan dalam ayat 13-19 Surah Luqman iaitu :
- Janganlah engkau mempersekutukan Allah (iaitu syirik), kerana ia adalah kezaliman yang besar.
- Diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa kerana mereka telah bersusah payah untukmu ketika kamu kecil.
- Taatilah kepada kedua ibu bapamu, selagi mereka tidak menyuruhmu untuk melanggar perintah Allah.
- Berbuat baiklah kepada semua, kerana setiap amalan perbuatan manusia di dunia, sama ada baik dan buruk akan dihitung oleh Allah.
- Sentiasa dirikan solat pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.
- Ajaklah manusia kepada perkara kebaikan dan laranglah manusia daripada melakukan perkara kemungkaran (keburukan), dan bersabarlah dengan ujian dan dugaan yang bakal menimpa ke atas kamu.
- Janganlah engkau bersikap sombong dan suka bermegah diri, bersikaplah dengan rendah diri serta bercakap dengan sopan sesama manusia.
Marilah sama-sama kita hayati dan amalkan nasihat yang telah diberikan oleh Luqman al-Hakim kepada anaknya. Semoga kita terus berjaya di dunia dan bahagia di akhirat.
Diantara kisah Luqman al-Hakim dengan anaknya yang terkenal.
Kisah Luqman al-Hakim
Soalan :
1. Apakah perasaan anda sekiranya berada di situasi dalam cerita Luqman al-Hakim dan anaknya bersama keldai seperti di atas?