Komuniti Pembelajaran Siber Perak

PERANCANGAN PROGRAM

Kesenian

(Sila tekan untuk pilih atau isi maklumat tambahan)

PROJEK INOVASI KRAFTANGAN PELANCONGAN PERAK
Remaja, Murid Sekolah

(Sila tekan untuk pilih atau isi maklumat tambahan)

Dari 01-11-2022 Hingga 17-12-2021
Dari 13 Hingga 25

Menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik ke arah peningkatan kualiti komersialan produk kraftangan Negeri Perak.

  • Meneroka pelbagai teori dan prinsip dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran untuk diaplikasikan dalam penghasilan produk kraftangan Negeri Perak yang mempunyai nilai komersialan yang tinggi.
  • Menghasilkan pengintegrasian STEM, STEAM, STREAM ke atas produk kraftangan Negeri Perak.
  • Menyokong dasar projek STEAM negara.
  • Produk merupakan kraftangan popular Negeri Perak mengikut lokasi tempatan. Contoh: Labu Sayung, Bakul Rotan orang asli dan sebagainya.
  • Produk boleh terus dibeli/tidak perlu dibuat sendiri
  • Pertandingan adalah berdasarkan ubahsuaian pada produk tersebut dengan mengintegrasikan elemen STEM, STEAM & STREAM:
    • Boleh dikomersialkan untuk dijadikan hiasan dalam atau luar dengan pelbagai fungsi yang menarik tanpa melibatkan kos yang tinggi
    • Memenuhi ciri-ciri keperluan pengguna
    • Berteknologi tetapi masih mengekalkan budaya tradisi Negeri Perak
    • Tahan lasak/tahan lama/kualiti yang tinggi
    • Boleh dijadikan produk pelancongan
    • Dapat menarik pelancong dalam/luar negeri/negara
    • Menambah pendapatan golongan peniaga kecil/sederhana dalam bidang kraftangan
    • Untuk rintis – hasilan tidak semestinya lengkap keseluruhannya tetapi boleh dilaksanakan seperuh lengkap – sebagai demo sahaja.
    • Huraian projek boleh dibuat mengikut borang disediakan yang boleh diubahsuai mengikut keperluan.