Sumber Inspirasi Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Warga Perak
- Merupakan program sarana komuniti untuk kepentingan warga sekolah.
- Pelbagai aktiviti sokongan untuk membantu murid dalam bidang akademik, koakademik dan kokurikulum.
- Aktiviti-aktiviti yang memberi nilai tambah kepada perkembangan pembelajaran murid dan kepimpinan sekolah.
- Berkolaborasi dengan pelbagai pihak NGO lain untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada murid.
- Berfokuskan kepada misi, visi dan gerak kerja Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan murid yang kritis, kreatif dan mempunyai daya saing di peringkat glokal.
- Menyokong dan menggalak budaya celik ICT dalam kalangan warga pendidik dan masyarakat setempat.
PENGENALAN
Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak (PRKPP) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi membantu sekolah-sekolah dalam negeri Perak menjalankan program-program pendidikan.
Kami menjalankan program di luar waktu persekolahan dengan hasrat anak-anak ini dapat memanfaatkan waktu cuti dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.
Sebelum ini pihak kami bergerak di bawah Yayasan Pendidikan Kampar tetapi memandangkan ramai pihak yang berminat dan ingin bekerjasama, kami melebarkan sayap kami melalui penubuhan PRKPP agar bukan sahaja aktiviti kami terhad di daerah Kampar sahaja tetapi kami boleh membantu ramai pelajar dengan menjalankan program-program di seluruh daerah dalam negeri Perak.
VISI
Menjadi pelantar utama pelajar meneraju arus pendidikan berteraskan Revolusi Industri 4.0
MISI
1. Melahirkan pelajar berkompeten dalam ilmu dan kemahiran yang selari dengan keperluan abad ke 21
2. Membentuk pelajar bersahsiah dan nilai kemanusiaan yang unggul
CARA PERLAKSANAAN PROGRAM
a. Melalui sekolah
b. Melalui PIBG / Ibubapa
c. Kerjasama Jabatan Kerajaan/NGO
PENUBUHAN BIRO-BIRO
a. BIRO PENDIDIKAN & STEM
b. BIRO KESIHATAN & KESEJAHTERAAN
c. BIRO KELESTARIAN & ALAM SEKITAR
d. BIRO ADAB DAN NILAI
e. BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1. Tuisyen Cemerlang UPSR
![]() |
![]() |
Tuisyen yang dijalankan secara percuma untuk pelajar tahun 6 pada hari Ahad dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengahhari. Subjek yang diajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 2 subjek akan diajar pada satu hari selama dua jam setiap satu subjek.
2. Program Reading With Mom
|
|
|
|
Program yang dijalankan untuk murid pra ataupun tahun 1 yang melibatkan ibubapa membaca buku Bahasa Inggeris bersama-sama anak-anak.
3. Program Motivasi/Ceramah
![]() |
![]() |
![]() |
Pelbagai jenis ceramah seperti ceramah berkaitan jati diri, keibubapaan, teknik menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya
4. Program Oh My English
![]() |
Program yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dimana ianya memupuk minat pelajar menggunakan bahasa ini melalui aktiviti seperti word chain, reciting poem, public speaking, story telling dan sebagainya.
5. Program STEM
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program yang dijalankan bagi memupuk minat para pelajar dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Program ini juga mendapat sokongan dan kolobrasi dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dimana para pelajar didedahkan dengan aktiviti yang berkaitan seperti menggunakan drone, robotic, membuat pelantar minyak dari bahan-bahan terbuang dan sebagainya.
SASARAN
Sasaran utama adalah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR dengan memegang konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun program-program berkala akan juga melibatkan pelajar sekolah menengah dan IPT.
HARAPAN
Semoga usaha PRKPP dalam membantu para pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik mendapat sokongan daripada semua pihak. Harapan kami dalam 5 tahun akan datang akan lahir modal insan yang bersahsiah tinggi dan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.
Alamat: PERTUBUHAN RAKAN KOMUNITI PENDIDIKAN PERAK (PRKPP) (PPM-002-08-09012020) 10-U, Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh Perak Tel: 05-5060715 Faks: 05-5060112 |