Pernahkah anda terfikir diri anda sedang diperhatikan ketika melayari internet?
Adakah anda rasa privasi anda selamat dari sebarang ancaman jenayah siber?
Internet banyak digunakan untuk mencari maklumat seperti teks, grafik, audio, animasi dan video. Semua ini dapat dikongsi secara dalam talian dengan mudah dan cepat.
Jika dilihat dari konteks keselamatan dan risiko privasi, perkara ini akan memberi kesan kepada pengguna kerana maklumat dan aktiviti mereka dapat diakses melalui rangkaian sosial dengan mudah.
Jenayah siber dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sememangnya membimbangkan ibu bapa kerana ada kalanya mereka tidak menyedari anak menjadi mangsa jenayah siber.
Isunya disini, sejauh mana remaja dan kanak-kanak pada hari ini mempunyai kesedaran, kefahaman dan pengetahuan tentang keselamatan dan privasi maklumat peribadi ketika berkomunikasi secara dalam talian.
Artikel dari Berita Harian ini banyak menerangkan mengenai keselamatan privasi. Klik link di bawah untuk membaca artikel :